Wednesday, March 6, 2013

KENAPA PERLU BUAT WASIAT?

 





WASIAT merupakan satu pengakuan yang dibuat oleh seseorang sama ada secara bertulis, lisan atau dengan isyarat menyatakan bahawa dia mempunyai obligasi atau tanggungan terhadap seseorang lain berkenaan dengan sesuatu hak, yang diperbuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan atau apa-apa maksud yang dibenarkan menurut hukum syarak selepas dia meninggal dunia.

Kepentingan membuat wasiat ini kepada orang Islam dari segi perundangan diMalaysia  ialah seperti berikut:-

Harta Wasiat
Harta Beku>>Fail Tuntutan>>Bicara>>Probet>>Cairkan Harta
Jangkamasa Proses>>> 6 bulan hingga 1 tahun
Wasi yang dilantik layak memohon

Harta Tiada Wasiat
Harta Beku>>Fail Tuntutan>>Bicara>>Letter of Administration>>Cairkan Harta
Jangkamasa Proses>>>>Melebihi 2 tahun
Hanya Waris yang berkemampuan kewangan layak memohon


Firman Allah S.W.T.:
“Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta,
(hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik
(menurut peraturan ugama), sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa.”
SURAH AL-BAQARAH (AYAT 180)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“ orang yang malang ialah orang yang tidak sempat berwasiat”
-Riwayat Ibnu Majah-

Diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar; Rasullullah S.A.W bersabda:
“Bukanlah seorang Muslim yang sebenar yang mempunyai harta untuk diWasiatkan untuk tidur
dua malam kecuali Wasiatnya sudah tertulis dan disimpan dibawah kepalanya.”
PETIKAN DARI SAHIH AL-BUKHARI (VOL IV P.1)

Para alim ulama’ telah sependapat bahawa hukum menulis SURAT wasiat adalah sunat muakkad (digalakkan) dan ia boleh menjadi WAJIB sekiranya kita mempunyai hutang. Bermakna WAJIB kita
mengamanahkan WASI untuk melunaskan hutang-hutang kita serta memastikan kebajikan  anak-anak (waris) kita.

Terdapat beberapa proses pengurusan yang rumit yang perlu dilakukan oleh waris untuk menuntut harta pusaka mereka. Bagi nilaian harta RM 2 juta ke bawah (aset alih+aset tidak alih), waris boleh terus merujuk ke Pejabat Pesaka Kecil (biasanya di Pejabat Tanah dan Galian Persekutuan Negeri).


  • Jika arwah tidak membuat apa dokumetasi untuk lantikan Wasi(pemegang amanah), maka bermulalah
  • CABARAN 1 dimana waris perlu melantik salah seorang daripada mereka sebagai WASI(pemengang amanah). Itu pun, kalau waris - waris bersepakat, bersekepala dan bermuafakat. Tapi hakikatnya pada hari ini, banyak yang bergaduh disebabkan kisah - kisah lama. Akhirnya, tuntutan akan ditangguh berbulan - bulan lagi.
  • CABARAN 2, waris PERLU membayar segala kos - kos guaman, rampaian, carian, syarikat amanah yang menelan belanja sehingga ribuan ringgit jika harta tersebut TINGGI nilaiannya.
  • Ada kes sampai 50 tahun baru selesai kes tuntuan harta pusaka. Dimana silapnya??? Kesilapanya adalah TIDAK MERANCANGsemasa hidup.
Di sinilah peranan kami MEMBANTU anda menyediakan Dokumen HIBAH, Dokumen PERLANTIKAN WASI dan juga Dokumen WASIAT 1/3. 
 

2 comments:

  1. Dengar bunyi buat Wasiat aje dah takut dah.Takut kita terlalu sibuk sehingga kita terlupa buat wasiat terutama yang ada simpanan ASB, Tabung Haji dan KWSP yang banyak.Mereka yang daftar buat Dokumen Wasiat RM350 bawah Amanahraya tu confirm bukan Dokumen Wasiat tetapi Dokumen Perlantikan Wasi/Penama sahaja.

    ReplyDelete
  2. Paling selamat buat Dokumen Hibah dan Perlantikan Wasi taklah banyak belanja.

    ReplyDelete