Sunday, March 16, 2014

PUSAKA : KOS GUAMAN MENINGKAT 400%

 
KISAH HARTAPUSAKA TANPA WASIAT

Kisah tuntutan harta pusaka ini juga berlaku sebab orang dulu - dulu apabila nak jual beli tanah main pakai lafaz jer.. Tak de hitam putih. Jadi mak telah membeli 2 keping tanah dari opah dan atuk. Tanah yang satu ni, tanah kebun durian. Jadi, sewaktu datuk dah tak mampu nak uruskan kebun ni, atuk juallah tanah ni kepada mak. Waktu tu mak ade modal. Dalam RM 7000 jugalah. Tak transfer nama punnn... Jadi adik beradik mak ni pun tahu dan bersetuju bahawa tanah ini telah dijual pada mak. Kemudian, opah pulak telah beri amanat pada mak dan anak - anak opah yang lain bahawa tanah rumah yang kami duduk ni pakai lah sampai bila - bila.... Haa sampai bila - bila???? Adik beradik mak saya ade 5 orang (3 lelaki 2 perempuan).

Sampai lah opah meninggal tahun 2001......Sekarang 2011, nama geran tanah kebun tuh masih nama opah lagi... Di sini, barulah timbul kesedaran tentang STATUS tanah tersebut.... Jadi, klu nak transfer nama, memang SUSAH..... KENA pegi bicara kuasa di Pej Pesaka Kecil..... Maka mak kena lalui proses - proses ini...





CABARAN 1: Persetujuan dari waris - waris opah. Ada 5 orang waris (mak, anjang, mak mah, bapa saudara 1, bapa saudara 2)... Klu diorang tak setuju, MAKA berlanjutan lagi lah TUNTUTAN harta pusaka ini.....


CABARAN 2: Kos pengurusan harta pusaka. Nak tak nak, kena lantik peguam untuk failkan kes ini. Tanya lah peguam dibawah, berapa diaorang CHARGE untuk menguruskan tuntutan ini..