Monday, June 2, 2014

GAJI RM5000 KATEGORI ORANG KAYA DI MALAYSIA 2013







Kenyataan orang nombor satu dalam Bank Negara (BNM) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz apabila melihatkan laporan Sistem Pembayaran dan Kestabilan Kewangan BNM 2013 yang dijadikan penanda aras pendapatan rakyat Malaysia. Mengejutkan…Mengejutkan apabila hasil Laporan Sistem Pembayaran dan Kestabilan Kewangan BNM 2013 yang sediakan oleh pegawai & kakitangan BNM menunjukkan :
...Laporan BNM 2013 :
Gaji RM5,000 Sebulan Kategori Pendapatan Tinggi?
1.rakyat Malaysia yang memiliki pendapatan bulanan RM3,000 ke bawah ditakrifkan sebagai berpendapatan rendah
2.rakyat Malaysia yang memiliki pendapatan bulanan RM3,000 hingga RM5,000 berpendapatan sederhana
3.rakyat Malaysia yang memiliki pendapatan RM5,000 ke atas berpendapatan tinggi
4.Anda pula tergolong kelompok yang mana satu?
Lagi maklumat yang tersenarai dalam Laporan Sistem Pembayaran dan Kestabilan Kewangan BNM 2013
■Kenaikan golongan berpendapatan sederhana di Asia termasuk Malaysia bakal menyebabkan kenaikan kos sara hidup jika berlakunya aspek permintaan melebihi penawaran
■Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz menyarankan keperluan infrastruktur pengangkutan dan perumahan yang mencukupi, seiring dengan pertumbuhan kuasa beli rakyat
Berita Semasa fikirkan pada mulanya rakyat Malaysia berpendapatan tiggi itu adalah sekitar RM10,000, RM15,000 ke atas yang bagi kami masih dianggap munasabah. RM5,000 berpendapatan tinggi? Orang kaya rupanya yang berpendapatan dan mempunyai gaji RM5,000. Erm…..
“Pendapatan RM5,000 mampu beli Semi D di Kuala Lumpur?”

No comments:

Post a Comment