Rakaman Perbualan Pegawai Bank yang mempromosikan Pinjaman ASB Islamic
Officer: Sudahkah Encik menyertai Pinjaman ASB Islamic ?
Melalui skim ini Encik ada simpanan........
Berapa tahun Encik menunggu nak dapatkan simpanan RM35,000???
Pelanggan: Untung ke buat pinjaman ASB ni???
Untung baru 7-8% nak bayar bank lagi!!!
Officer Bank: Untung Encik....katakan Encik buat Loan untuk RM35,000
Umur Encik sekarang 49 tahun. Tempoh bayar balik maksima 15 tahun sahaja
Bayaran bulanan berserta insuran baru RM300 sebulan (RM280 +RM20 Insuran]
Pelanggan: Jadi saya kena bayar RM300 sebulan untuk saya mendapat ASB RM35,000
Kalau saya bayar selama 15 tahun bermakna saya akan bayar sebanyak RM54,000
Mana ada untung???
Officer Bank: Encik dapat Dividen 8% setahun daripada ASB 35,000.
Encik keluarkan kesemua Dividen. Encik perolehi sebanyak RM2800
untuk menampung kos bayaran balik pinjaman sebanyak RM3600.
Encik hanya perlu menanggung sebanyak RM800 setiap tahun.
Encik bayar RM800 aje setiap tahun Encik dapat ASB RM35000.
Tak untung ke Encik?
Ringkasnya Encik hanya perlu menanggung jadual bayaran dibawah
Bayaran tahun pertama RM 3,600
Bayaran tahun ke 2 hingga tahun ke 15
(RM800x 14 tahun) RM11,200
Kos yang Encik perlu tanggung hanyalah RM14,800
(Kalau Pihak bank tidak memanipulasikan "Konsep Penjimatan" masakan ada pelanggan yang mahu membuat pinjaman dan menanggung bebanan hutang yang besar setiap bulan. Akhirnya pelanggan tiada pilihan lain untuk membuat simpanan.
Officer Bank: Encik bayar RM14,800 dan Encik terima ASB RM35,000
tak untung ke ????
Pelanggan: Kalau saya meninggaldunia dalam tempoh 15 tahun?
Officer Bank: Ada insuran tak perlu risau, waris Encik terima RM35,000?
<Maka bertambah yakinlah pelanggan dan tandatangan pinjaman>
Selepas lebih setahun menyertai skim pinjaman ASB Islamic ini, kita tanya beberapa soalan.
Perunding: Encik buat pinjaman ASB Islamic ni potongan gaji ke ?
Pelanggan: Ya kenapa?
Perunding: Pegawai bank kata Encik jimat bayar Pinjaman ASB Encik hanya perlu bayar
RM14,500 dapat RM35,000 bila Encik nak ikut kaedah tu????
Sedangkan gaji encik dipotong RM300 setiap bulan.
Bermakna Encik perlu membayar RM54,000 sehingga habis pinjaman.
Tidakkah ini membebankan kewangan bulanan Encik????
Perunding: Encik nampak RM35,000 tu bersih hakikatnya Encik hanya menerima sebanyak
ASB RM35,000
Kos yang ditanggung RM14,800
Nilai Bersih Sebenar ASB RM20,200 sahaja
Perunding: Tahukah encik sekiranya Encik melabur didalam Pelaburan Hibah Encik memperolehi
anggaran simpanan sebanyak RM36,743 pada tahun ke 15 dan RM57,365 pada tahun
ke 20 dan hibah sebanyak sebanyak RM54,000
Sekiranya Pelanggan meninggal tahun ke 15 waris tak perlu melalui proses Amanah
Raya dan faraid berjumlah sebanyak RM117,743
Perunding: Sekiranya pelanggan meninggal pada tahun ke 15 dibawah skim Pinjaman ASB waris
perlu melalui proses AmanahRaya dan faraid bagi mendapatkan RM35,000
No comments:
Post a Comment