Perancangan kewangan kepada Orang Islam
di Malaysia hari ini sudah tidak selamat walaupun mereka telah berwasiat kecuali
mereka yang telah membuat perancangan Hibah.
Buktinya
1. Wasiat bukan Islam
dibayar selepas kematian tetapi wasiat kepada Orang Islam boleh dipertikaikan
diMahkamah Sivil dan hanya terikat kepada 1/3 nilai harta.
2. Simpanan di bank, Tabung
Haji akan dibekukan sehingga Waris mengeluarkan Sijil faraid di mahkamah
Syariah dan membuat permohonan pembahagian di Pusakakecil
3. Semua harta orang Islam
akan terbeku kecuali harta yang diwakafkan, harta sepencarian yang
dibuktikan secara mahkamah, dan harta Hibah
4. Simpanan di ASB
sememangnya tiada Penama. Bagi nilai simpanan melebihi RM10,000 Waris kena
dapatkan pelepasan daripada Amanahraya terlebih dahulu dan akan dikenakan caj
pengurusan.
Menyedari hakikat ini ramai yang berkemampuan
membuat Perancangan Hibah melalui Peguam Syarie namun perjanjian Hibah melalui
syarikat Takaful adalah lebih mudah. Tiada fi semasa menyertai perjanjian dikenakan
dan tiada caj tambahan dikenakan kepada waris selepas kematian.
Terdapat ramai juga diluarsana yang terpikat
dengan bayaran semurah RM70 membuat “Perjanjian Wasiat” dengan AmanahRaya tanpa
mengetahui hakikatnya kesemua harta mereka yang dikumpulkan selama ini akan
diserahkan kepada Amanahraya selepas
kematian mereka. Kesian.
---------------------------------------------------------
Adakah
kita mengenali produk produk
Kewangan untuk tujuan
Perancangan Kewangan ?
---------------------------------------------------------
Jenis Produk Kategori
Toto,Magnum, Harta tak patuh syariah
Harta jualan dadah Harta
tak patuh syariah
Jualan Menipu Timbangan Harta tak patuh syariah
Pampasan Insuran Harta
tak patuh syariah
Takaful aqad Wasi Harta Bukan Hibah,perlu faraid
Unit Trust Harta Bukan
Hibah,perlu faraid
Tabung Haji Harta Bukan
Hibah,perlu faraid
ASN,ASB, Harta Bukan
Hibah,perlu faraid
KWSP Harta Bukan
Hibah,perlu faraid
Pendapatan gaji,komisen Harta Bukan Hibah,perlu faraid
Pendapatan MLM Harta Bukan Hibah,perlu faraid
Harta Pusaka Harta
Bukan Hibah,perlu faraid
Harta Wasiat Harta Bukan Hibah, tak
perlu faraid
Harta Sepencarian Harta Bukan Hibah, tak perlu
faraid
Pampasan Takaful Hibah Harta Hibah,tak perlu faraid
Harta Pengistiharan Hibah Harta Hibah,tak perlu faraid