Friday, March 15, 2013

KISAH PEWARISAN EN AHMAD


Adakah orang Islam tidak tahu bahawa mereka mencipta Harta dari Pendapatan mereka, kenapa mereka bekukan Harta selepas mereka tiada lagi didunia ini?
Adakah orang Islam di Malaysia tidak merancang kewangan mereka?
Adakah orang Islam tidak tahu menguruskan Harta Pusaka mereka?
Adakah orang Islam di Malaysia tidak tahu hak hak mereka?

“En Ahmad 40 tahun bekerja sebagai pengusaha Bengkel Kereta di Sungai Rambai Melaka. Mempunyai 2 orang anak Perempuan isterinya surirumahtangga sepenoh masa , ibunya tinggal bersama sama 4 orang adik beradiknya.”
Apa akan jadi kepada keluarga En Ahmad sekiranya Esok En Ahmad tiada lagi di dunia ini?


“En Ahmad mampu memiliki pendapatan bulanan sebanyak RM4000 sebulan. Perbelanjaan bulanan En Ahmad adalah seperti berikut:-

1.Perbelanjaan Dapur              1000
2.Bil Air ,Letrik,Telefon                 300
3.Astro, Celcom                         200
4.Installment Kereta                   400
5.Installment Rumah                  800
6.Petrol,Selenggara                   700
7.Sumbangan kepada  Ibu      200
8.Simpanan Tabung Haji           200
9.Insuran Nyawa                        100
10.Lain lain                                  100
En Ahmad mempunyai senarai Harta seperti berikut:-
1.Kereta Proton Waja                RM45,000
2.Tanah Pertanian   1 ekar        RM40,000
3.Rumah Teres 1 tingkat            RM80,000
4. ASB                                           RM20,000
5. Tabung Haji                             RM5,000
6. Kwsp                                         RM80,000
 SEKIRANYA ESOK HARI EN AHMAD MENINGGALDUNIA, APA YANG BAKAL  BERLAKU  3 BULAN DARI SEKARANG SEKIRANYA EN AHMAD TIDAK MEMBUAT PERANCANGAN DARIPADA SEKARANG?”
1.Pengiraan Faraid En Ahmad ialah
Bagi setiap RM100,000 nilaian harta En Ahmad
 2/3 kepada anak perempuannya               RM66,666
1/6 kepada Ibunya                                         RM16,667
1/8 kepada isterinya                                       RM12,500
Adikberadiknya    Asobah/Lebihan              RM  4,167
APA YANG BOLEH BERLAKU?
1.Bengkel Welding akan ditutup Isteri tak tahu urus.
2.Isteri En Ahmad Tiada Terima Pendapatan lagi
3.Keluarga En Ahmad bergantung kepada simpanan Isteri En Ahmad BUKAN simpanan En Ahmad
4.Simpanan Bank termasuk ASB En Ahmad telah Beku.Memandangkan Simpanan En Ahmad melebihi RM10,000 selepas 2 bulan kematian En Ahmad Amanah Raya telah mengambilalih.Biasanya harta ini terus beku sebab waris tidak tahu atau tidak mahu menuntutnya sebab perlu keluarkan belanja dahulu tetapi hasilnya perlu dibahagi mengikut faraid. Didalam kes En Ahmad ini Amanah Raya akan mengenakan Cajnya terlebih dahulu contohnya 8% maka bakinya hanyalah RM18400.Setelah dapat Perintah Pembahagian Isteri En Ahmad akan menerima 1/8 atau RM2300 sahaja
5.Seandainya isteri En Ahmad mampu meneruskan bayaran instalment kereta maka kereta Proton Waja Tidak akan ditarik oleh Bank. Tetapi bila Cukai Jalan tamat tempoh cukai jalan tidak boleh diperbaharui kecuali ada SURAT KUASA TADBIR DARI UNIT PEMBAHAGIAN PUSAKAKECIL maka JPJ akan lepaskan.

 

 
6.Sewaktu hidupnya En Ahmad ada memberitahu bahawa beliau ada menyertai satu Polisi Insuran Nyawa bernilai RM35,000. Isteri En Ahmad telah memaklumkan kematian En Ahmad kepada syarikat Insuran. Isteri terima Khairat sebanyak RM1000. Setelah 6 bulan berlalu isteri menerima surat bahawa tuntutan pampasan telah diluluskan dan bayaran akan hanya dilepaskan sekiranya penuntut mengemukakan Surat Pembahagian mengikut Faraid daripada Pejabat Pusakakecil. Si isteri pun pergi ke pejabat pusaka kecil dan bawa dokumen yang perlu. Pihak Pentadbir Pusaka mengarahkan siisteri mengisi Borang A dan senarai waris yang layak kepada tuntutan hartapusaka si suami. Apa lagi mengamuklaa siisteri katanya “Dah le Harta tak sebanyak mana, susah pulak nak keluar, lepas tu kena bahagi bahagi pulak”
7.Sewaktu hayatnya En Ahmad ada memberitahu bahawa Penama KWSP dan Tabung Haji adalah diatas nama Isterinnya dan anak anak. Lalu si isteri telah Berjaya mengeluarkan RM5,000 dari Tabung haji dan RM80,000 dari KWSP. Siisteri pula adalah pentadbir kepada harta anak anak Si Suami. Tanpa pengetahuan sesiapa siisteri telah mengambil kesemua RM85,000 tersebut katanya “Inilah adalah hak perkahwinan mereka suamiisteri”.
 Hak siisteri hanyalah sebanyak 1/8 atau RM10625 yang boleh diambil atau dibelanjakan untuk apa jua tujuan termasuk memberi makan kedua anak perempuannya kalau lebih siisteri telah mengambil hak anak anaknya sebagai anak yatim sebanyak RM56,666 dan hak Ibu sisuami 1/6 atau RM14,166
Siisteri sepatutnya menyelesaikan segala hutang-hutang sisuami terlebih dahulu sebaik sahaja menerima RM85,000 tersebut. Hutang hutang suami terdiri daripada senarai berikut:-
1.Hutang dengan Allah seperti Haji,Qada Puasanya dll           RM5,000
2.Pinjaman keretanya                                                                    berbaki RM10,000
3.Pinjaman Rumahnya                                                                   berbaki RM30,000
(Seandainya siisteri tidak mahu menyelesaikan baki pinjaman perumahan di atas Pihak Bank akan kaveatkan pinjaman perumahan ini melalui Jabatan Pusakakecil dan pihak bank akan diberi keutamaan untuk mengambil bahagian mereka daripada simpanan KWSP/TabungHaji yang bernilai RM85,000 ini  terlebih dahulu walaupun Simpanan tersebut telah dinamakan kepada si isteri dan anak anak)
Jumlah semua
hutang                                                                         
RM45,000
Baki yang boleh diagihkan
mengikut faraid RM40,000
Jumlah yang layak diterima oleh siisteri      
RM5,000 sahaja
 7.Seandainya iisteri En Ahmad tidak dapat menyelesaikan tuntutan bank mengenai Pinjaman Perumahan diatas maka keluarga En Ahmad mestilah bersiap sedia berpindah atau mencari rumah lain untuk disewa sebab rumah akan diseal. Sebaik sahaja Sijil Kematian didaftarkan di Pejabat Pendaftaran, pihak Amanah Raya berkuasa mendapatkan maklumat kewangan En Ahmad.
 Mengikut Seksyen 8 Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955, AmanahRaya boleh memfailkan petisyen di Pejabat Pembahagian PusakaKecil untuk melantik Amanahraya sebagai Pentadbir atau mendapatkan perintah pembahagian bagi _Harta Pusaka yang tidak berwasiat yang mengandungi Harta Alih dan Tak alih bernilai tidak melebihi RM2 juta.
 Mengikut  seksyen 17(2) Akta Perbadanan Amanah Raya 1995, AmanahRaya mempunyai bidangkuasa mentadbir hartaalih (Seperti KWSP/ASB dsb) yang tidak melebihi RM50,000. AmanahRaya akan mengeluarkan ARAHAN kepada waris simati
 Mengikut  seksyen 17(1) Akta Perbadanan Amanah Raya 1995, AmanahRaya mempunyai bidangkuasa mentadbir hartaalih (Seperti KWSP/ASB dsb) yang tidak melebihi RM600,000. AmanahRaya akan mengeluarkan AKUAN  kepada waris simati mengikut HUKUM FARAID atau PERSETUJUAN/KESEPAKATAN waris yang berhak.

Caj - caj yang perlu Waris ketahui semasa memohon
proses tuntutan Harta Pusaka dengan :-
Amanahraya Berhad
Fi Perkhidmatan (Seksyen 17 dan 13)
Kos perkhidmatan ini tidak termasuk kos pihak ketiga. Kadar fi perkhidmatan adalah tertakluk kepada kadar semasa.
  • 4.00% ke atas RM 25 000 yang pertama
  • 3.00% ke atas RM225 000 yang berikutnya
  • 2.00% ke atas RM250 000 yang berikutnya
  • 1.00% ke atas RM500 000 yang berikutnya
  • 0.50% ke atas baki selebihnya
Fi Perkhidmatan (Seksyan 8)
Kos perkhidmatan ini tidak termasuk kos pihak ketiga. Kadar fi perkhidmatan adalah tertakluk kepada kadar semasa.
  • 2.00% ke atas nilai kasar harta (mengikut kadar semasa)

7.Harta Tanah 1ekar milik Ibu simati tidak boleh dituntut oleh anak anak En Ahmad sebab Tanah tersebut tanah pusaka dan tiada pindahmilik atau hibah dilakukan oleh Ibu En Ahmad  sewaktu En Ahmad masih hidup. Maka terlepaslah hak tanah tersebut kepada En Ahmad dan keluarganya.
Kesimpulan
Seandainya Isteri En Ahmad tidak dapat menyelesaikan HartaPusaka Simpanan yang bernilai RM105,000 dan HartaTakalih berserta Pinjamannya yang bernilai RM125,000 ini maka inilah realiti kehidupan yang berlaku dan merugikan Ekonomi Orang Islam. Undang undang Pewarisan adalah undang undang yang diwarisi daripada Penjajah kemudian mengabungkan Undang undang Syariah iaitu Faraid. Hasilnya jadilah sebagaimana hari ini. AmanahRaya itu sendiri sepatutnya Penyelamat kepada Harta harta Orang Islam tetapi hari ini jadi “Pengumpul” Harta Terbeku
Adakah tidak jalan lain bagi membantu menyelesaikan masalah pengurusan harta  En Ahmad?

Apakah Jaminan Pewarisan kepada En Ahmad?Kita selalu membicarakan tentang Jaminan Kewangan atau "Money back Guarantee" lalu kita percaya kepada Perancangan Kewangan tersebut. Kalau dia kata pulangan 10% maka kita percaya Wang kita hari ini RM100,000 akan jadi RM110,000 selepas matang.Kalau tak betul kita boleh "claim" balik. Tetapi kalau Selepas kita dah mati,tidak berlaku apa yang dijanjikan haaaa macamana?Sebab itu kepada Individu "Jaminan Pewarisan" lebih penting berbanding Jaminan Kewangan.

1 comment:

  1. Mengikut kata Bapa saya pewarisan zaman sebelum merdeka lagi mudah daripada sekarang. Mesti ada orang yang menyedarkan orang lain tentang keperluan ini.

    ReplyDelete