Wednesday, August 26, 2015

WAKAF HARTA : BELI SYURGA DENGAN HARTA

Islam mengiktiraf harta sebagai salah satu penyokong kehidupan. Lima asas keperluan manusia mengikut syariat ialah:-
1) agama (al-din)
2) nyawa (al nafs)
3) akal (al aql)
4) kehormatan 
    ( al irdh)


Apabila orang soleh memiliki harta, ia mampu "membeli" dirinya daripada azab neraka. Allah menyebut mereka didalam alQuran " Dan antara manusia ada orang yang membeli dirinya kerana mencari keredaan Allah. Dan Allah Maha Penyantun kepada hambanya." Surah al Baqarah: 207


Abu Hurairah berkata: Uthman bin Affan telah membeli syurga daripada nabi sebanyak 2 kali: Pertama, apabila beliau membeli telaga Rumah dan diwakafkan kepada Umat Islam. Kedua, apabila beliau membiayai Peperangan Tabuk. (Riwayat al Hakim).
Rasulullah bersabda "Tidak boleh berdengki melainkan atas dua perkara. Pertama seseorang yang diberikan alQuran lalu dia beramal dengannya siang malam Kedua : seseorang yang menafkahkan hartanya pada jalan kebenaran" Riwayat al Bukhari.
Rasulullah bersabda " sesiapa yang bersedeqah dengan harta yang baik maka Allah akan menerimanya dengan tangan kanannya. lalu Allah menjaganya seperti kamu menjaga haiwan ternakan kamu lalu mengembangkannya sehingga menjadi sebesar gunung." Riwayat Bukhari & Muslim. 


Harta boleh membawa pemiliknya ke syurga atau ke neraka.
Rasulullah bersabda:" Apabila mati anak Adam maka terputuslah amalnya melainkan tiga perkara: 
1) sedeqah jariah
2) ilmu yang bermenafaat
3) anak soleh yang mendoakannya" Riwayat Muslim.
Menurut Imam al Nawawi, sedeqah jariah yang dimaksudkan ialah "Wakaf". Wakaf adalah memberi sesuatu benda yang berkekalan untuk manfaat orang Islam seperti tanah, bangunan, buku buku dsb. Pahala amalan akan terus mengalir kepada pelakunya selagi harta wakaf tersebut dimanfaatkan oleh masyarakat.

BERI SATU ALLAH BALAS 700
"Bandingan orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah adalah seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai. Tiap tiap tangkai pula mengandungi 100 biji. dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang Allah kehendakinya. Allah itu maha Luas kurnianya lagi maha Meliputi Pengetahuannya..(Surah al baqarah:261)


Pemegang Polisi Takaful Ikhlas boleh mengWakafkan maksima 30% Pelan Penggantian Pendapatan mereka kepada pelan Wakaf yang ditawarkan.Misalnya En Ahmad telah membuat "Financial Check up" berdasarkan gaji beliau sekarang iaitu RM4,000 sebulan, beliau memerlukan pelan Penggantian Pendapatan sebanyak RM550,000 dengan sumbangan bulanan sebanyak RM200 sebulan. Beliau telah berwakaf sebanyak (30% x RM550,000= RM165,000)


Berikut adalah beberapa amalan yang menjanjikan pulangan pahala yang besar (Kalau aku Kaya.......)


Membina Masjid.
Rasulullah bersabda" Sesiapa yang membina masjid dengan mengharapkan keredaan Allah, Allah akan membina sebuah rumah di Syurga. Riwayat al Bukhari.

Membela anak Yatim.
Rasulullah bersabda " aku dan penjaga anak yatim seperti  ini di dalam syurga" Rasulullah merapatkan jari tengah dan jari telunjuknya. Riwayat al Bukhari.

Projek Air Bersih untuk masyarakat.
Membantu Ibu Tunggal yang kesusahan.
Meminjamkan Wang.
Menolong seseorang dalam kesusahan.
Membebaskan hutang.
Menaja berbuka puasa.
Menunaikan Umrah pada bulan Ramadhan.
Banyak bersedeqah di bulan Ramadhan.
Membelanjakan harta untuk ibadah haji.
Menyembelih haiwan korban.

Riskworks & Richworks Advisory
Muhamad 017-6750003
Email:md.advisory@gmail.com http://pewarisanmd.blogspot.com