PROGRAM WAKAF SIMPANAN IKHLAS
















TUNTUTAN WASIAT SIMPANAN DIDALAM ISLAM
Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris si mati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut yang tidak dilarang Syarak)  dan ingatlah, Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Al-Baqarah 2:240)

BERSEDEQAH  DIDALAM ISLAM
Bersedeqah adalah tanda seseorang itu telah beriman.Bersedeqah menanamkan semangat mementingkan saudara sesama Islamnya berbanding kepentingan dirinya sendiri. Allah berfirman:"Orang2 Ansar telah menempati Madinah dan telah beriman sebelum kedatangan Muhajirin.Mereka tidak menaruh keinginan didalam hati dan mengutamakan Muhajirin sekalipun mereka memerlukan apa yang mereka berikan kepada Muhajirin.Sesiapa yang dipelihara daripada kebakhilan, mereka itulah orang yang beruntung. (Surah al Hasyr:9)
MATLAMAT KEWANGAN
Apapun pekerjaan yang kita lakukan waktu ini sebagai seorang Muslim matlamat kewangan  kita ialah mempunyai  kewangan yang kukuh dan  boleh membawa kejayaan tersebut dunia dan akhirat. Untuk kita berjaya, perancangan kewangan kita mestilah mempunyai ciri ciri berikut:-
1.  mampu membuat simpanan dan pelaburan halal yang mana pulangannya sekurang kurangnya setara dengan ASB/TH.
2.  Ada unsur unsur pewarisan yang selamat  (WASIAT) dan mudah untuk diagih agihkan yang mana nilainya sesuai dengan  keperluan waktu itu.
3. Simpanan itu mudah tunai (HIBAH) sekurang kurang mampu menanggung kos pengkebumian kita;
4.  Melindungi diri daripada tidak mampu membayar hutang kerana kematian awal atau tidak mampu menunaikan Rukun Islam ke 5 iaitu mengerjakan Haji (BADAL HAJI)

PENGERTIAN WAKAF (WAQAF)
Dari segi Bahasa Arab bermaksud "memencilkan". Dari segi istilah, wakaf ialah memencilkan harta dan mengalirkan manfaat.Dari segi Syara', ialah pemberian yang tidak boleh dibatalkan, yang dibuat secara nyata untuk tujuan kebajikan bagi mendapatkan pahala daripada Allah SWT.

Rasulullah adalah perintis amalan wakaf ini melalui pembelian tanah dua saudara yatim piatu iaitu Sahal dan Suhail dengan harga 100 dirham dan kemudiannya mewakafkannya untuk pembinaan Masjid Nabawi. 

Universiti Al Azhar merupakan universiti wakaf yang berusia ratusan tahun yang berjaya melahirkan ratusan ribu pelajar. Begitu juga banyak hospital, klinik, sekolah sekolah boleh dimenafaatkan untuk umat Islam melalui sumbangan orang ramai.Sesungguhnya harta yang dibawa ke akhirat hakikatnya adalah harta yang dibelanjakan pada jalan Allah. 

Allah menyatakan:"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang yang beriman jiwa dan harta mereka dengan balasan Syurga.(Surah At Taubah:111)

"Bandingan(derma) orang orang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai: tiap tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah) Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakinya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnianya lagi Maha meliputi Ilmu pengetahuannya.(Surah Al Baqarah:261)

GALAKAN BERWAKAF
Diriwayatkan oleh Ibnu Umar:" Ketika Umar mendapat sebidang tanah di Khaibar (melalui peperangan) beliau telah bertanya pada Rasulullah SAW:" Aku dapat satu tanah di Khaibar dan aku belum pernah mendapat tanah yang lebih berharga daripada tanah tersebut apakah nasihatmu kepadaku?" Baginda Rasulullah  SAW     bersabda:"Kalau engkau mahu simpanlah tanah ini sebagai wakaf untuk tujuan kebajikan kepada fakir, kaum kerabat, hamba abdi, dan orang orang yang bermusafir dengan syarat tanah ini tidak dijual,tidak dihibah dan tidak diwarisi.Tiada menjadi kesalahan pentadbir makan atau memberi makan kepada orang lain hasil dari tanah ini sekadar keperluannya dengan syarat dia tidak menjadikan tanah tersebut hartanya. (Sahih Al Bukhari Jilid 4 Bab 29 m/s 27)

Rasulullah bersabda: Apabila mati anak Adam,maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga  perkara;pertama sedeqah jariahnya (Waqaf) kedua ilmu yang bermenafaat dan ketiga anak soleh yang mendoakan ibubapanya.(Riwayat Muslim)

Ketika kamu sihat dan susah untuk mengeluarkan sedeqah dalam keadaan kamu kuatir miskin dan mengharapkan kaya maka janganlah kamu bertangguh sehingga roh sampai kekerongkong, lalu ketika itu baru kamu katakan” harta ini untuk sifulan sifulan sekian banyak”,padahal waktu itu ia telah menjadi milik oranglain.


RUKUN WAKAF
1. Pewakaf
2. Harta yang diwakafkan
3. Penerima manfaat Wakaf
4. Pernyataan Wakaf (Sighah)

SYARAT SYARAT PEWAKAF

1. Akil Baligh (16 tahun keatas )
2. Sempurna akal fikiran
3. Berkelayakan untuk bersedeqah
4. Pilihan sendiri(Tidak dipaksa)
5. Bukan Hamba (Merdeka)

SYARAT SYARAT HARTA YANG DIWAKAF
1. Benda yang dapat diambil manfaatnya dan berpanjangan
2. Harta itu ujud  dan boleh ditentukan jenisnya, bentuknya, tempatnya,luas dan jumlahnya.
3. Milik sempurna pemberi wakaf.

CIRI CIRI WAKAF
1. Tidak boleh dibatalkan
2. Boleh ditukarganti(Istibdal)
3. Boleh dikuatkuasakan sertamerta apabila semua syarat dipenuhi

PROGRAM WAKAF SIMPANAN  IKHLAS
Kita biasa mendengar tanah untuk diwakafkan. Kita mungkin belum pernah mendengar bahawa simpanan  daripada gaji atau pendapatan kita boleh diwakafkan.Sebaik sahaja pembayaran pertama penyertaan Program Wakaf Simpanan Ikhlas ini bermula, kita telah membuat simpanan keatas  4 tabung:-
   i. Tabung Hibah RM100,000
   ii. Tabung Wakaf 30%
   iii. Tabung Simpanan ~RM50,000
   iv.   Badal Haji ( Ikut  kadar Semasa)

Program Wakaf Simpanan Ikhlas ini adalah menggunakan kaedah "Absolute Assignment" kepada Penerima Serah Hak. Peserta boleh mengwakafkan tidak lebih 1/3 daripada jumlah Hibah Perlindungan. Program Wakaf ini telah 'di assign kan' hanya kepada institusi/ badan wakaf yang dilantik oleh syarikat dengan tujuan untuk kemaslahatan  Ummah dan difokuskan kepada aspek kesihatan dan pendidikan.


                           
PRESTASI DANA SEHINGGA @31 OGOS2015


%
6 Bulan
1 Tahun
3 Tahun
5 Tahun
Dari Mula
CIMB Islamic





DALI Equity
9.50%
23.31%
47.76%
153.67%
494.34%
CIMB Islamic





Balanced Fund
7.88%
15.10%
33.51%
102.73%
135.57%
CIMB Islamic





Sukuk Fund
1.90%
1.26%
13.49%
22.30%
39.34%

JADUAL SUMBANGAN  MINIMA  WAKAF SIMPANAN
Umur  Tempoh   Hibah     Wakaf         Nilai       Sumbangan
            Tahun     (RM)       (30%)      Simpanan     Sehari
60~58      20      50,000    15,000        43,200         5.00
57~55      20      64,000    19,200        43,200         5.00
54~52      23      87,000    26,000        49,660         5.00
51~50      25    100,000    30,000        52,560         4.80
49~48      27    100,000    30,000        54,600         4.30
47~45      30    100,000    30,000        52,400         3.50
44~43      32    100,000    30,000        48,360         3.20
42~31      33    100,000    30,000        46,300         3.00
30~16      45    100,000    30,000        59,600         2.80


No comments:

Post a Comment