PENGURUSAN HARTA PUSAKA DAN TUNTUTAN FARAID


 









FAKTA YANG PERLU DIFIKIRKAN
Faraid adalah kaedah yang terAKHIR sekali digunakan untuk membahagikan harta kepada waris yang berhak. Tetapi ramai orang tidak menyedari, pengurusan yang diperlukan untuk mendapatkan Sijil Faraid di Mahkamah Syariah..... Ya, bab PENGURUSAN selepas kematian sehinggalah mendapatkan Surat Pentadbir Harta Pusaka... Siapa yang nak menguruskan? Kalau anak yang ditinggalkan umurnya 18 tahun kebawah, boleh ker anak - anak ini menguruskannya?



3 JUTA PENDEPOSIT TABUNG HAJI MASIH TIDAK MENAMAKAN PEWARIS


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-49 pada 10 September 2000, menyatakan:

“PENAMA dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Bank Simpanan Pejabat Pos, Bank, Syarikat Insurans dan kesatuan kerjasama adalah seperti orang-orang yang melaksanakan wasiat si mati atau yang membuat wasiat. Orang-orang itu boleh menerima wang si mati dari punca-punca yang disebut itu untuk dibahagikan kepada orang-orang yang berhak mengikut undang-undang Islam mengenai warisan.”

BAGAIMANA MENUNTUT SIJIL FARAID SIMATI SETELAH MENDAFTAR PERMOHONAN PESAKA KECIL DAN SURATKUASA MENTADBIR


1.Download daripada laman web mahkamah syariah melaka http://www.mahsyariahmelaka.gov.my/web/index.php?option=com_docman&task=cat_view&gid=36&Itemid=98
2. Isikan borang (bertaipkomputer) semua maklumat yang diperlukan. Buat salinan yang diperlukan.






























3. Mahkamah akan menghantar notis tarikh perbicaraan biasanya tidak kurang daripada 1 bulan kepada pemohon. Sediakan saksi yang mencukupi minima 2 orang. Suami/isteri kepada pemohon juga boleh dijadikan saksi.

4. Soalan soalan di mahkamah adalah berkisar kepada hubungan dengan simati, perkahwinan simati misalnya berkahwin lebih dari satu kali samada ada meninggalkan waris dsbnya.


5 Yang arif hakim berpuashati dengan keterangan pemohon. Keputusan dikeluarkan dan akan dimaklumkan kepada pemohon tarikh mengambil sijil. berikut contoh sijil kematian yang diproses terbaharu di mahkamah syariah melaka.



No comments:

Post a Comment