Monday, June 2, 2014

GAJI RM5000 KATEGORI ORANG KAYA DI MALAYSIA 2013







Kenyataan orang nombor satu dalam Bank Negara (BNM) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz apabila melihatkan laporan Sistem Pembayaran dan Kestabilan Kewangan BNM 2013 yang dijadikan penanda aras pendapatan rakyat Malaysia. Mengejutkan…Mengejutkan apabila hasil Laporan Sistem Pembayaran dan Kestabilan Kewangan BNM 2013 yang sediakan oleh pegawai & kakitangan BNM menunjukkan :
...Laporan BNM 2013 :
Gaji RM5,000 Sebulan Kategori Pendapatan Tinggi?
1.rakyat Malaysia yang memiliki pendapatan bulanan RM3,000 ke bawah ditakrifkan sebagai berpendapatan rendah
2.rakyat Malaysia yang memiliki pendapatan bulanan RM3,000 hingga RM5,000 berpendapatan sederhana
3.rakyat Malaysia yang memiliki pendapatan RM5,000 ke atas berpendapatan tinggi
4.Anda pula tergolong kelompok yang mana satu?
Lagi maklumat yang tersenarai dalam Laporan Sistem Pembayaran dan Kestabilan Kewangan BNM 2013
■Kenaikan golongan berpendapatan sederhana di Asia termasuk Malaysia bakal menyebabkan kenaikan kos sara hidup jika berlakunya aspek permintaan melebihi penawaran
■Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz menyarankan keperluan infrastruktur pengangkutan dan perumahan yang mencukupi, seiring dengan pertumbuhan kuasa beli rakyat
Berita Semasa fikirkan pada mulanya rakyat Malaysia berpendapatan tiggi itu adalah sekitar RM10,000, RM15,000 ke atas yang bagi kami masih dianggap munasabah. RM5,000 berpendapatan tinggi? Orang kaya rupanya yang berpendapatan dan mempunyai gaji RM5,000. Erm…..
“Pendapatan RM5,000 mampu beli Semi D di Kuala Lumpur?”

Sunday, April 27, 2014

HIBAH PELABURAN LEBIH MENGUNTUNGKAN DARIPADA ASB


ADAKAH PELABURAN ASB MELALUI KAEDAH PINJAMAN MENGUNTUNG KANPEMINJAM ?
ADAKAH PINJAMAN MENGUNTUNGKAN SEKIRANYA PEMINJAM MENINGGALDUNIA  SEBELUM BAYARAN BALIK SELESA
Memang seronok meminjam . Kalau dulu tak ada harta RM100,000 sekarang dah ada harta dari ASB RM100,000. Cuma dalam buku ASB tak tercatitlah RM100,000 tu. Bila Bonus diistiharkan kita akan dapat Bonus contoh 6%  RM6,000.
Kalau kita ambil pinjaman RM100,000 maka kalau umur panjang dan dapat "Bonus Dalam Diam Diam selama 20 tahun duit Simpanan kita telah menjadi RM386,968.45 –RM100,000 = RM286,965.45.  Kalau tak meminjam belum tentu pencen dapat sebanyak ini.

Cuba kita mengira keuntungan sebenarnya pelaburan ini selama 20 tahun bayaran.
Untuk 20 tahun kita telah membayar sebanyak RM705 x 12 x 20 tahun = RM169,200
Ini bermakna keuntungan bersih pelaburan ASB ini ialah RM286,965 – RM169,200= RM117,765
Apa yang akan berlaku sekiranya kita tidak sempat menamatkan bayaran balik kepada pinjaman ini contohnya  tahun ke 15
Nilai simpanan kita ialah   RM275,903-RM100,000 è                  RM175,903
Bayaran Balik sehingga tahun ke 15 RM705 x 12 x 15 tahun  è RM126,900
Keuntungan bersih    ialah   è                                                           RM 49,003
Keuntungan ini belum tentu selamat sebab ASB TIADA PENAMA DAN AKAN DISERAHKAN KEPADA AMANAH RAYA BERHAD.

Monday, March 17, 2014

PEWARISAN ANAK BAWAH 18 TAHUN ARB


 
Akaun Amanah ARB

Ros (bukan nama sebenar) yang kematian suami mempunyai dua anak berusia satu dan 7 tahun diarahkan mahkamah untuk hadir ke pejabat AmanahRaya bagi membolehkannya mengeluarkan sejumlah wang peninggalan suami bagi bahagian diwarisi anaknya.

Dalam kes ini, anak Ros yang masih di bawah umur mewarisi pusaka arwah bapa mereka yang diamanahkan kepada AmanahRaya secara automatik. Sebagai penjaga dilantik mahkamah, Ros boleh mengeluarkan sejumlah wang bagi keperluan anaknya dan baki hanya boleh dikeluarkan selepas anak mencapai usia 18 tahun.

Pemegang amanah boleh membuat bayaran nafkah atau bayaran lain untuk manfaat benefisiari seperti pembelian komputer atau rumah. Pemegang amanah akan membuat pertimbangan setiap permohonan untuk menggunakan wang amanah.

Sunday, March 16, 2014

MEMANG SAYA TAHU INSURAN ITU HARAM.............

 
 
 
Prospek saya mengangguk-angguk tanda setuju dengan penjelasan saya tentang perbezaan di antara insurans konvensional dengan takaful.
Tatkala saya menerangkan tentang perbezaan kontrak insurans konvensional yang menggunakan kontrak jual beli, dan kontrak takaful yang menggunakan kontrak derma, beliau bertanya beberapa soalan untuk penjelasan.
 
Dari bahasa badannya, nampak beliau begitu bersungguh-sungguh inginkan penjelasan tentang perkara tersebut. Ternyata soalan-soalan yang beliau kemukakan menunjukkan kematangannya berfikir, sesuai dengan statusnya sebagai seorang bisnesman.
“Ya Encik , saya pun pernah membaca tentang perkara ini”, kata beliau merujuk kepada keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan tentang hukum insurans konvensional.
 
Nampaknya sebelum menemui saya, beliau sudah pun membuat sedikit kajian dan pembacaan. Ia memudahkan kerja saya untuk menerangkan perkara tersebut. Tambahan lagi, kafeteria tempat kami bertemu tidak ramai pelanggan mengunjunginya memudahkan saya membuat penerangan dengan jelas.
“Ada sebarang persoalan yang Tuan ingin tanyakan lagi?”, saya bertanya kepada beliau selepas penjelasan terakhir tentang perkara ini.
“Setakat ini tiada”, kata beliau sambil menyandarkan badan ke kerusi.
“Jika begitu, kita boleh berpindah ke topik seterusnya iaitu keperluan kewangan Tuan sebelum saya cadangkan mana-mana produk takaful yang sesuai”, kata saya.
“Sebenarnya saya sudah memiliki beberapa polisi sebelum ini”, kata beliau.

PUSAKA : KOS GUAMAN MENINGKAT 400%

 
KISAH HARTAPUSAKA TANPA WASIAT

Kisah tuntutan harta pusaka ini juga berlaku sebab orang dulu - dulu apabila nak jual beli tanah main pakai lafaz jer.. Tak de hitam putih. Jadi mak telah membeli 2 keping tanah dari opah dan atuk. Tanah yang satu ni, tanah kebun durian. Jadi, sewaktu datuk dah tak mampu nak uruskan kebun ni, atuk juallah tanah ni kepada mak. Waktu tu mak ade modal. Dalam RM 7000 jugalah. Tak transfer nama punnn... Jadi adik beradik mak ni pun tahu dan bersetuju bahawa tanah ini telah dijual pada mak. Kemudian, opah pulak telah beri amanat pada mak dan anak - anak opah yang lain bahawa tanah rumah yang kami duduk ni pakai lah sampai bila - bila.... Haa sampai bila - bila???? Adik beradik mak saya ade 5 orang (3 lelaki 2 perempuan).

Sampai lah opah meninggal tahun 2001......Sekarang 2011, nama geran tanah kebun tuh masih nama opah lagi... Di sini, barulah timbul kesedaran tentang STATUS tanah tersebut.... Jadi, klu nak transfer nama, memang SUSAH..... KENA pegi bicara kuasa di Pej Pesaka Kecil..... Maka mak kena lalui proses - proses ini...

DIALOG WASIAT YANG BIASA KITA DENGAR

 
 
WASIAT PAKSA
Abu merupakan bapa kepada Kasim, Ali dan Fatimah. Dengan menjengilkan mata tepat kearah Kasim dan Ali, beliau berkata:
“Aku wasiatkan tanah kebun ditepi sungai kepada adik bangsu kamu, Fatimah!...setuju atau tidak?” Mereka pun menjawab dengan nada lemah,
 “Kami setuju.” Sambil menundukkan muka ke lantai tanda tidak puas hati.

Terdapat sesetengah orang Islam yang berpegang kepada amalan berwasiat kepada ahli waris yang berhak mendapat pusaka sedangkan mereka mendapat jaminan hak dalam pusaka si mati sebagaimana yang telah ditetapkan dalam faraid.

Kedudukan ini dikukuhkan lagi melalui hadis Rasulullah SAW itu yang bermaksud: “Telah menceritakan kepada kami oleh Abd al-Wahhab Sebenarnya asas wasiat yang dibuat semasa hayat seseorang adalah untuk diberikan kepada ahli keluarga yang tidak tersenarai sebagai ahli waris seperti anak angkat yang dibela sejak kecil ataupun orang orang yang paling rapat (bukan waris) yang sentiasa menolong arwah semasa susah dan lain-lain.

MENGAMBIL HAK ORANG LAIN


Said bin Zaid bin Amru bin Nufail Al Adawi atau sering juga disebut sebagai Abul A'waar lahir di Mekah 22 tahun sebelum Hijrah. Beliau termasuk sepuluh orang yang diberi kabar gembira akan masuk surga oleh Nabi saw.Beliau termasuk seorang yang doanya selalu dikabulkan oleh Allah.
 
Diriwayatkan bahwa Arwa binti Uwais telah melakukan kebohongan dengan menuduhnya merampas sebahagian tanah miliknya, kemudian perempuan itu pergi ke Marwan bin Hakam yang saat itu menjabat sebagai gubernur Madinah, dan mengadukan permasalahannya. Maka Marwanpun mengutus seseorang kepada Said untuk menghadap kepadanya, lalu Marwan berkata,"Sesungguhnya wanita ini menuduh engkau telah merampas tanahnya,"