Perancangan Kewangan * Perancangan Hibah * Penggantian Pendapatan * Pelaburan
Thursday, October 30, 2014
Tuesday, October 7, 2014
PINJAMAN ASB ISLAMIC ADAKAH BENAR BENAR MENGUNTUNGKAN ATAU MENGAMBIL KESEMPATAN KEKELIRUAN SYARIAH?
Rakaman Perbualan Pegawai Bank yang mempromosikan Pinjaman ASB Islamic
Officer: Sudahkah Encik menyertai Pinjaman ASB Islamic ?
Melalui skim ini Encik ada simpanan........
Berapa tahun Encik menunggu nak dapatkan simpanan RM35,000???
Pelanggan: Untung ke buat pinjaman ASB ni???
Untung baru 7-8% nak bayar bank lagi!!!
Officer Bank: Untung Encik....katakan Encik buat Loan untuk RM35,000
Umur Encik sekarang 49 tahun. Tempoh bayar balik maksima 15 tahun sahaja
Bayaran bulanan berserta insuran baru RM300 sebulan (RM280 +RM20 Insuran]
Pelanggan: Jadi saya kena bayar RM300 sebulan untuk saya mendapat ASB RM35,000
Kalau saya bayar selama 15 tahun bermakna saya akan bayar sebanyak RM54,000
Mana ada untung???
Officer Bank: Encik dapat Dividen 8% setahun daripada ASB 35,000.
Encik keluarkan kesemua Dividen. Encik perolehi sebanyak RM2800
untuk menampung kos bayaran balik pinjaman sebanyak RM3600.
Encik hanya perlu menanggung sebanyak RM800 setiap tahun.
Encik bayar RM800 aje setiap tahun Encik dapat ASB RM35000.
Tak untung ke Encik?
Ringkasnya Encik hanya perlu menanggung jadual bayaran dibawah
Bayaran tahun pertama RM 3,600
Bayaran tahun ke 2 hingga tahun ke 15
(RM800x 14 tahun) RM11,200
Kos yang Encik perlu tanggung hanyalah RM14,800
(Kalau Pihak bank tidak memanipulasikan "Konsep Penjimatan" masakan ada pelanggan yang mahu membuat pinjaman dan menanggung bebanan hutang yang besar setiap bulan. Akhirnya pelanggan tiada pilihan lain untuk membuat simpanan.
Thursday, September 4, 2014
KADAR INFLASI MENINGKAT TERTINGGI DALAM TEMPOH 9 BULAN KEPADA 3.4%
Kadar Inflasi di Malaysia meningkat lagi kali ini yang tertinggi dalam tempoh 9 bulan pertama 2014. Dengan peningkatan kadar inflasi ini matawang Ringgit akan terus lemah berbanding Dollar Amerika & Dollar Singapore, maka kenaikan harga minyak, tarif elektrik, harga barang dan kos sarahidup akan terus melonjak naik. Ini meletakkan situasi ekonomi rakyat Malaysia di paras yang kritikal.
- Kenaikan harga barang & kos sara hidup rakyat malaysia ketika ini
- Barangan semakin mahal berikutan rasionalisasi subsidi
- Pendapatan rakyat Malaysia kurang untuk membeli barangan sehingga menyebabkan pengurangan penggunaan untuk ekonomi
Sebenarnya, pengiraan kadar inflasi di Malaysia
hanya melibatkan kos bayaran perkhidmatan awam di mana kos pembelian kereta
tidak dimasukkan dalam pengiraan tetap kadar inflasi. Begitu juga pembelian
rumah yang terus melambung tinggi juga tidak dimasukkan dalam pengiraan tetap.
Sebaliknya kerajaan “lebih berminat memilih”
kadar rumah sewa.
Tetapi, bayangkan jikalau kedua-dua ini
dimasukkan dalam pengiraan kadar inflasi di Malaysia, dijangka kadar inflasi di
Malaysia bukan setakat 3.4% sahaja tetapi lebih daripada angka tersebut.
Apa anda jangka kesan daripada kenaikan kadar inflasi kepada anda sekeluarga?
Kos hidup anda meningkat kemungkinan anda akan kurang menabung. Anda terdedah kepada risiko risiko penyakit, hilang pekerjaan yang memerlukan kos yang sangat tinggi untuk anda menanggungnya. Bayangkan kos perubatan juga turut neningkat tidak kurang daripada 15% setahun.
Disinilah rasionalnya semakin tinggi risiko kehidupan semakin tinggi keperluannya kita menyimpan di dalam Pelan Pelan Takaful yang memberi pulangan 50x hingga 200x ganda daripada simpanan tahunan kita.
Tuesday, August 12, 2014
BUKANKAH FUNGSI PENAMA SEBAGAI PEMEGANG AMANAH?
Sumber :http://www.e-fatwa.gov.my/ fatwa-kebangsaan/nominee-penama
Berikut adalah petikan fatwa tersebut;
“Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-15 yang bersidang pada 6 Mac 1978 telah membincangkan Nominee (Penama). Persidangan telah memutuskan bahawa:
Jika selama ini ada yang menyangka penama yang diletakkan didalam borang penama Unit Amanah, Tabung Haji, KWSP dan sebagainya masih ada masa untuk berbuat sesuatu. Terbaharu pihak ASNB ada menyediakan perkhidmatan HIBAH.
Berikut adalah petikan fatwa tersebut;
“Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-15 yang bersidang pada 6 Mac 1978 telah membincangkan Nominee (Penama). Persidangan telah memutuskan bahawa:
- Melantik penama (Nomination) oleh orang-orang Islam dalam mana-mana badan atau institusi di mana mereka menyimpan sebarang harta adalah tidak sah untuk diterima sebagai waris yang berhak menerima pusaka si mati cuma ia adalah sebagai yang melaksanakan wasiat untuk membahagikan harta pusaka tersebut kepada para waris mengikut hukum syarak.
- Bahawa orang-orang Islam tidak boleh melantik penama (Nominee) oleh kerana penama mengikut definasi undang-undang awam (sivil) adalah bertentangan dengan hukum syarak dan tidak sah.
- Oleh itu udang-undang awam (sivil) yang berkenaan hendaklah dipinda supaya sebarang penamaan (Nomination) oleh seseorang Islam menjadi tidak sah. Ini bermakna peruntukan mengenai Nomination atau perlantikan nominee tidak tertakluk kepada orang-orang yang beragama Islam sama ada sesuatu Nomination itu dibuat sebelum atau selepas fatwa ini dipersetujui oleh Raja-raja Melayu.”
Jika selama ini ada yang menyangka penama yang diletakkan didalam borang penama Unit Amanah, Tabung Haji, KWSP dan sebagainya masih ada masa untuk berbuat sesuatu. Terbaharu pihak ASNB ada menyediakan perkhidmatan HIBAH.
Monday, June 2, 2014
GAJI RM5000 KATEGORI ORANG KAYA DI MALAYSIA 2013
Kenyataan orang nombor satu dalam Bank Negara (BNM) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz apabila melihatkan laporan Sistem Pembayaran dan Kestabilan Kewangan BNM 2013 yang dijadikan penanda aras pendapatan rakyat Malaysia. Mengejutkan…Mengejutkan apabila hasil Laporan Sistem Pembayaran dan Kestabilan Kewangan BNM 2013 yang sediakan oleh pegawai & kakitangan BNM menunjukkan :
...Laporan BNM 2013 :
Gaji RM5,000 Sebulan Kategori Pendapatan Tinggi?
1.rakyat Malaysia yang memiliki pendapatan bulanan RM3,000 ke bawah ditakrifkan sebagai berpendapatan rendah
2.rakyat Malaysia yang memiliki pendapatan bulanan RM3,000 hingga RM5,000 berpendapatan sederhana
3.rakyat Malaysia yang memiliki pendapatan RM5,000 ke atas berpendapatan tinggi
4.Anda pula tergolong kelompok yang mana satu?
Lagi maklumat yang tersenarai dalam Laporan Sistem Pembayaran dan Kestabilan Kewangan BNM 2013
■Kenaikan golongan berpendapatan sederhana di Asia termasuk Malaysia bakal menyebabkan kenaikan kos sara hidup jika berlakunya aspek permintaan melebihi penawaran
■Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz menyarankan keperluan infrastruktur pengangkutan dan perumahan yang mencukupi, seiring dengan pertumbuhan kuasa beli rakyat
Berita Semasa fikirkan pada mulanya rakyat Malaysia berpendapatan tiggi itu adalah sekitar RM10,000, RM15,000 ke atas yang bagi kami masih dianggap munasabah. RM5,000 berpendapatan tinggi? Orang kaya rupanya yang berpendapatan dan mempunyai gaji RM5,000. Erm…..
“Pendapatan RM5,000 mampu beli Semi D di Kuala Lumpur?”
Sunday, April 27, 2014
HIBAH PELABURAN LEBIH MENGUNTUNGKAN DARIPADA ASB
ADAKAH PELABURAN ASB MELALUI KAEDAH PINJAMAN MENGUNTUNG KANPEMINJAM ?
ADAKAH PINJAMAN MENGUNTUNGKAN SEKIRANYA PEMINJAM MENINGGALDUNIA SEBELUM BAYARAN BALIK SELESA
Memang seronok meminjam . Kalau dulu tak ada harta RM100,000 sekarang dah ada harta dari ASB RM100,000. Cuma dalam buku ASB tak tercatitlah RM100,000 tu. Bila Bonus diistiharkan kita akan dapat Bonus contoh 6% RM6,000.
Kalau kita ambil pinjaman RM100,000 maka kalau umur panjang dan dapat "Bonus Dalam Diam Diam selama 20 tahun duit Simpanan kita telah menjadi RM386,968.45 –RM100,000 = RM286,965.45. Kalau tak meminjam belum tentu pencen dapat sebanyak ini.
Cuba kita mengira keuntungan sebenarnya pelaburan ini selama 20 tahun bayaran.
Untuk 20 tahun kita telah membayar sebanyak RM705 x 12 x 20 tahun = RM169,200
Ini bermakna keuntungan bersih pelaburan ASB ini ialah RM286,965 – RM169,200= RM117,765
Apa yang akan berlaku sekiranya kita tidak sempat menamatkan bayaran balik kepada pinjaman ini contohnya tahun ke 15
Nilai simpanan kita ialah RM275,903-RM100,000 è RM175,903
Bayaran Balik sehingga tahun ke 15 RM705 x 12 x 15 tahun è RM126,900
Keuntungan bersih ialah è RM 49,003
Keuntungan ini belum tentu selamat sebab ASB TIADA PENAMA DAN AKAN DISERAHKAN KEPADA AMANAH RAYA BERHAD.
Monday, March 17, 2014
PEWARISAN ANAK BAWAH 18 TAHUN ARB
Ros
(bukan nama sebenar) yang kematian suami mempunyai dua anak berusia satu dan
7 tahun diarahkan mahkamah untuk hadir ke pejabat AmanahRaya bagi
membolehkannya mengeluarkan sejumlah wang peninggalan suami bagi bahagian
diwarisi anaknya.
Dalam kes ini, anak Ros yang masih di bawah umur mewarisi pusaka arwah bapa mereka yang diamanahkan kepada AmanahRaya secara automatik. Sebagai penjaga dilantik mahkamah, Ros boleh mengeluarkan sejumlah wang bagi keperluan anaknya dan baki hanya boleh dikeluarkan selepas anak mencapai usia 18 tahun.
Pemegang amanah boleh membuat bayaran nafkah atau bayaran lain untuk manfaat benefisiari seperti pembelian komputer atau rumah. Pemegang amanah akan membuat pertimbangan setiap permohonan untuk menggunakan wang amanah.
Dalam kes ini, anak Ros yang masih di bawah umur mewarisi pusaka arwah bapa mereka yang diamanahkan kepada AmanahRaya secara automatik. Sebagai penjaga dilantik mahkamah, Ros boleh mengeluarkan sejumlah wang bagi keperluan anaknya dan baki hanya boleh dikeluarkan selepas anak mencapai usia 18 tahun.
Pemegang amanah boleh membuat bayaran nafkah atau bayaran lain untuk manfaat benefisiari seperti pembelian komputer atau rumah. Pemegang amanah akan membuat pertimbangan setiap permohonan untuk menggunakan wang amanah.
Sunday, March 16, 2014
MEMANG SAYA TAHU INSURAN ITU HARAM.............
Prospek saya mengangguk-angguk tanda setuju dengan penjelasan saya tentang perbezaan di antara insurans konvensional dengan takaful.
Tatkala saya menerangkan tentang perbezaan kontrak insurans konvensional yang menggunakan kontrak jual beli, dan kontrak takaful yang menggunakan kontrak derma, beliau bertanya beberapa soalan untuk penjelasan.
Dari bahasa badannya, nampak beliau begitu bersungguh-sungguh inginkan penjelasan tentang perkara tersebut. Ternyata soalan-soalan yang beliau kemukakan menunjukkan kematangannya berfikir, sesuai dengan statusnya sebagai seorang bisnesman.
“Ya Encik , saya pun pernah membaca tentang perkara ini”, kata beliau merujuk kepada keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan tentang hukum insurans konvensional.
Nampaknya sebelum menemui saya, beliau sudah pun membuat sedikit kajian dan pembacaan. Ia memudahkan kerja saya untuk menerangkan perkara tersebut. Tambahan lagi, kafeteria tempat kami bertemu tidak ramai pelanggan mengunjunginya memudahkan saya membuat penerangan dengan jelas.
“Ada sebarang persoalan yang Tuan ingin tanyakan lagi?”, saya bertanya kepada beliau selepas penjelasan terakhir tentang perkara ini.
“Setakat ini tiada”, kata beliau sambil menyandarkan badan ke kerusi.
“Jika begitu, kita boleh berpindah ke topik seterusnya iaitu keperluan kewangan Tuan sebelum saya cadangkan mana-mana produk takaful yang sesuai”, kata saya.
“Sebenarnya saya sudah memiliki beberapa polisi sebelum ini”, kata beliau.
PUSAKA : KOS GUAMAN MENINGKAT 400%
Kisah tuntutan harta pusaka ini juga berlaku sebab orang dulu - dulu apabila nak jual beli tanah main pakai lafaz jer.. Tak de hitam putih. Jadi mak telah membeli 2 keping tanah dari opah dan atuk. Tanah yang satu ni, tanah kebun durian. Jadi, sewaktu datuk dah tak mampu nak uruskan kebun ni, atuk juallah tanah ni kepada mak. Waktu tu mak ade modal. Dalam RM 7000 jugalah. Tak transfer nama punnn... Jadi adik beradik mak ni pun tahu dan bersetuju bahawa tanah ini telah dijual pada mak. Kemudian, opah pulak telah beri amanat pada mak dan anak - anak opah yang lain bahawa tanah rumah yang kami duduk ni pakai lah sampai bila - bila.... Haa sampai bila - bila???? Adik beradik mak saya ade 5 orang (3 lelaki 2 perempuan).
Sampai lah opah meninggal tahun 2001......Sekarang 2011, nama geran tanah kebun tuh masih nama opah lagi... Di sini, barulah timbul kesedaran tentang STATUS tanah tersebut.... Jadi, klu nak transfer nama, memang SUSAH..... KENA pegi bicara kuasa di Pej Pesaka Kecil..... Maka mak kena lalui proses - proses ini...
DIALOG WASIAT YANG BIASA KITA DENGAR
WASIAT PAKSA
Abu merupakan bapa kepada Kasim, Ali dan Fatimah. Dengan menjengilkan mata tepat kearah Kasim dan Ali, beliau berkata:
“Aku wasiatkan tanah kebun ditepi sungai kepada adik bangsu kamu, Fatimah!...setuju atau tidak?” Mereka pun menjawab dengan nada lemah,
“Kami setuju.” Sambil menundukkan muka ke lantai tanda tidak puas hati.
Terdapat sesetengah orang Islam yang berpegang kepada amalan berwasiat kepada ahli waris yang berhak mendapat pusaka sedangkan mereka mendapat jaminan hak dalam pusaka si mati sebagaimana yang telah ditetapkan dalam faraid.
Kedudukan ini dikukuhkan lagi melalui hadis Rasulullah SAW itu yang bermaksud: “Telah menceritakan kepada kami oleh Abd al-Wahhab Sebenarnya asas wasiat yang dibuat semasa hayat seseorang adalah untuk diberikan kepada ahli keluarga yang tidak tersenarai sebagai ahli waris seperti anak angkat yang dibela sejak kecil ataupun orang orang yang paling rapat (bukan waris) yang sentiasa menolong arwah semasa susah dan lain-lain.
MENGAMBIL HAK ORANG LAIN
Said bin Zaid bin Amru bin Nufail Al Adawi atau sering juga disebut sebagai Abul A'waar lahir di Mekah 22 tahun sebelum Hijrah. Beliau termasuk sepuluh orang yang diberi kabar gembira akan masuk surga oleh Nabi saw.Beliau termasuk seorang yang doanya selalu dikabulkan oleh Allah.
Diriwayatkan bahwa Arwa binti Uwais telah melakukan kebohongan dengan menuduhnya merampas sebahagian tanah miliknya, kemudian perempuan itu pergi ke Marwan bin Hakam yang saat itu menjabat sebagai gubernur Madinah, dan mengadukan permasalahannya. Maka Marwanpun mengutus seseorang kepada Said untuk menghadap kepadanya, lalu Marwan berkata,"Sesungguhnya wanita ini menuduh engkau telah merampas tanahnya,"
Tuesday, March 4, 2014
PRODUK KEWANGAN BERASASKAN HIBAH? MUDAH,UNTUNG,SELAMAT
Perancangan kewangan kepada Orang Islam
di Malaysia hari ini sudah tidak selamat walaupun mereka telah berwasiat kecuali
mereka yang telah membuat perancangan Hibah.
Buktinya
1. Wasiat bukan Islam
dibayar selepas kematian tetapi wasiat kepada Orang Islam boleh dipertikaikan
diMahkamah Sivil dan hanya terikat kepada 1/3 nilai harta.
2. Simpanan di bank, Tabung
Haji akan dibekukan sehingga Waris mengeluarkan Sijil faraid di mahkamah
Syariah dan membuat permohonan pembahagian di Pusakakecil
3. Semua harta orang Islam
akan terbeku kecuali harta yang diwakafkan, harta sepencarian yang
dibuktikan secara mahkamah, dan harta Hibah
4. Simpanan di ASB
sememangnya tiada Penama. Bagi nilai simpanan melebihi RM10,000 Waris kena
dapatkan pelepasan daripada Amanahraya terlebih dahulu dan akan dikenakan caj
pengurusan.
Menyedari hakikat ini ramai yang berkemampuan
membuat Perancangan Hibah melalui Peguam Syarie namun perjanjian Hibah melalui
syarikat Takaful adalah lebih mudah. Tiada fi semasa menyertai perjanjian dikenakan
dan tiada caj tambahan dikenakan kepada waris selepas kematian.
Terdapat ramai juga diluarsana yang terpikat dengan bayaran semurah RM70 membuat “Perjanjian Wasiat” dengan AmanahRaya tanpa mengetahui hakikatnya kesemua harta mereka yang dikumpulkan selama ini akan diserahkan kepada Amanahraya selepas kematian mereka. Kesian.
---------------------------------------------------------
Adakah
kita mengenali produk produk
Kewangan untuk tujuan
Perancangan Kewangan ?
Kewangan untuk tujuan
Perancangan Kewangan ?
---------------------------------------------------------
Jenis Produk Kategori
Toto,Magnum, Harta tak patuh syariahHarta jualan dadah Harta tak patuh syariah
Jualan Menipu Timbangan Harta tak patuh syariah
Pampasan Insuran Harta tak patuh syariah
Takaful aqad Wasi Harta Bukan Hibah,perlu faraid
Unit Trust Harta Bukan Hibah,perlu faraid
Tabung Haji Harta Bukan Hibah,perlu faraid
ASN,ASB, Harta Bukan Hibah,perlu faraid
KWSP Harta Bukan Hibah,perlu faraid
Pendapatan gaji,komisen Harta Bukan Hibah,perlu faraid
Pendapatan MLM Harta Bukan Hibah,perlu faraid
Harta Pusaka Harta Bukan Hibah,perlu faraid
Harta Wasiat Harta Bukan Hibah, tak perlu faraid
Harta Sepencarian Harta Bukan Hibah, tak perlu faraid
Pampasan Takaful Hibah Harta Hibah,tak perlu faraid
Harta Pengistiharan Hibah Harta Hibah,tak perlu faraid
PEWARISAN KES KEMATIAN SERENTAK
BAGAIMANA MENGWARISKAN HARTA DI RANCANGAN FELDA?
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-38 yang bersidang pada 21 Jun 1995 telah membincangkan Pewarisan Harta & Harta Sepencarian Yang Dilaksanakan Di Rancangan Felda. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
Amalan yang dilaksanakan dirancangan Felda mengenai pewarisan harta yang berdasarkan Akta Tanah 1960 adalah tidak bertentangan kerana persetujuan meletakkan satu penama itu dibuat atas persepakatan semua pihak yang terlibat.Sekiranya tidak mendapat persetujuan waris-waris untuk melantik seseorang daripada mereka sebagai wakil maka
- Harta simati hendaklah dijual.
- Penjualan harta tersebut hendaklah diberi keutamaan kepada waris.
- Hasil dari penjualan harta tersebut hendaklah dibahagikan kepada waris mengikut faraid.
- Kalau harta simati tidak habis dibahagikan maka lebihan pembahagian itu hendaklah diserahkan kepada Baitulmal.
Bersetuju bahawa amalan yang dilaksanakan dirancangan Felda mengenai harta sepencarian tidak bertentangan dengan hukum syarak.
Subscribe to:
Posts (Atom)