Sunday, March 16, 2014

PUSAKA : KOS GUAMAN MENINGKAT 400%

 
KISAH HARTAPUSAKA TANPA WASIAT

Kisah tuntutan harta pusaka ini juga berlaku sebab orang dulu - dulu apabila nak jual beli tanah main pakai lafaz jer.. Tak de hitam putih. Jadi mak telah membeli 2 keping tanah dari opah dan atuk. Tanah yang satu ni, tanah kebun durian. Jadi, sewaktu datuk dah tak mampu nak uruskan kebun ni, atuk juallah tanah ni kepada mak. Waktu tu mak ade modal. Dalam RM 7000 jugalah. Tak transfer nama punnn... Jadi adik beradik mak ni pun tahu dan bersetuju bahawa tanah ini telah dijual pada mak. Kemudian, opah pulak telah beri amanat pada mak dan anak - anak opah yang lain bahawa tanah rumah yang kami duduk ni pakai lah sampai bila - bila.... Haa sampai bila - bila???? Adik beradik mak saya ade 5 orang (3 lelaki 2 perempuan).

Sampai lah opah meninggal tahun 2001......Sekarang 2011, nama geran tanah kebun tuh masih nama opah lagi... Di sini, barulah timbul kesedaran tentang STATUS tanah tersebut.... Jadi, klu nak transfer nama, memang SUSAH..... KENA pegi bicara kuasa di Pej Pesaka Kecil..... Maka mak kena lalui proses - proses ini...

DIALOG WASIAT YANG BIASA KITA DENGAR

 
 
WASIAT PAKSA
Abu merupakan bapa kepada Kasim, Ali dan Fatimah. Dengan menjengilkan mata tepat kearah Kasim dan Ali, beliau berkata:
“Aku wasiatkan tanah kebun ditepi sungai kepada adik bangsu kamu, Fatimah!...setuju atau tidak?” Mereka pun menjawab dengan nada lemah,
 “Kami setuju.” Sambil menundukkan muka ke lantai tanda tidak puas hati.

Terdapat sesetengah orang Islam yang berpegang kepada amalan berwasiat kepada ahli waris yang berhak mendapat pusaka sedangkan mereka mendapat jaminan hak dalam pusaka si mati sebagaimana yang telah ditetapkan dalam faraid.

Kedudukan ini dikukuhkan lagi melalui hadis Rasulullah SAW itu yang bermaksud: “Telah menceritakan kepada kami oleh Abd al-Wahhab Sebenarnya asas wasiat yang dibuat semasa hayat seseorang adalah untuk diberikan kepada ahli keluarga yang tidak tersenarai sebagai ahli waris seperti anak angkat yang dibela sejak kecil ataupun orang orang yang paling rapat (bukan waris) yang sentiasa menolong arwah semasa susah dan lain-lain.

MENGAMBIL HAK ORANG LAIN


Said bin Zaid bin Amru bin Nufail Al Adawi atau sering juga disebut sebagai Abul A'waar lahir di Mekah 22 tahun sebelum Hijrah. Beliau termasuk sepuluh orang yang diberi kabar gembira akan masuk surga oleh Nabi saw.Beliau termasuk seorang yang doanya selalu dikabulkan oleh Allah.
 
Diriwayatkan bahwa Arwa binti Uwais telah melakukan kebohongan dengan menuduhnya merampas sebahagian tanah miliknya, kemudian perempuan itu pergi ke Marwan bin Hakam yang saat itu menjabat sebagai gubernur Madinah, dan mengadukan permasalahannya. Maka Marwanpun mengutus seseorang kepada Said untuk menghadap kepadanya, lalu Marwan berkata,"Sesungguhnya wanita ini menuduh engkau telah merampas tanahnya,"

Tuesday, March 4, 2014

PRODUK KEWANGAN BERASASKAN HIBAH? MUDAH,UNTUNG,SELAMAT



Perancangan kewangan kepada Orang Islam di Malaysia hari ini sudah tidak selamat walaupun mereka telah berwasiat kecuali mereka yang telah membuat perancangan Hibah.
Buktinya

1.  Wasiat bukan Islam dibayar selepas kematian tetapi wasiat kepada Orang Islam boleh dipertikaikan diMahkamah Sivil dan hanya terikat kepada 1/3 nilai harta.

2.  Simpanan di bank, Tabung Haji akan dibekukan sehingga Waris mengeluarkan Sijil faraid di mahkamah Syariah dan membuat permohonan pembahagian di Pusakakecil

3.  Semua harta orang Islam akan terbeku kecuali harta yang diwakafkan, harta sepencarian yang dibuktikan secara mahkamah, dan harta Hibah

4.  Simpanan di ASB sememangnya tiada Penama. Bagi nilai simpanan melebihi RM10,000 Waris kena dapatkan pelepasan daripada Amanahraya terlebih dahulu dan akan dikenakan caj pengurusan.

Menyedari hakikat ini ramai yang berkemampuan membuat Perancangan Hibah melalui Peguam Syarie namun perjanjian Hibah melalui syarikat Takaful adalah lebih mudah. Tiada fi semasa menyertai perjanjian dikenakan dan tiada caj tambahan dikenakan kepada waris selepas kematian.

Terdapat ramai juga diluarsana yang terpikat dengan bayaran semurah RM70 membuat “Perjanjian Wasiat” dengan AmanahRaya tanpa mengetahui hakikatnya kesemua harta mereka yang dikumpulkan selama ini akan diserahkan kepada Amanahraya selepas  kematian mereka. Kesian.

---------------------------------------------------------

Adakah kita mengenali produk produk
Kewangan untuk tujuan
Perancangan Kewangan ?

---------------------------------------------------------

Jenis Produk                                       Kategori
Toto,Magnum,                           Harta tak patuh syariah
Harta jualan dadah                    Harta tak patuh syariah
Jualan Menipu Timbangan        Harta tak patuh syariah
Pampasan Insuran                    Harta tak patuh syariah
Takaful aqad Wasi                Harta Bukan Hibah,perlu faraid
Unit Trust                              Harta Bukan Hibah,perlu faraid
Tabung Haji                          Harta Bukan Hibah,perlu faraid
ASN,ASB,                             Harta Bukan Hibah,perlu faraid
KWSP                                   Harta Bukan Hibah,perlu faraid
Pendapatan gaji,komisen     Harta Bukan Hibah,perlu faraid
Pendapatan MLM                 Harta Bukan Hibah,perlu faraid
Harta Pusaka                       Harta Bukan Hibah,perlu faraid
Harta Wasiat                        Harta Bukan Hibah, tak perlu faraid
Harta Sepencarian               Harta Bukan Hibah, tak perlu faraid
Pampasan Takaful Hibah        Harta Hibah,tak perlu faraid
Harta Pengistiharan Hibah      Harta Hibah,tak perlu faraid

PEWARISAN KES KEMATIAN SERENTAK


 

 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-83 yang bersidang pada 22 - 24 Oktober 2008 telah membincangkan Hukum Pewarisan Bagi Kes Kematian Serentak. Muzakarah telah memutuskan bahawa mana-mana ahli keluarga yang meninggal dunia secara serentak dalam kejadian yang sama atau sebaliknya dan tidak dapat ditentukan siapa yang mati terlebih dahulu bagi menentukan hak pewarisan, maka mereka tidak akan saling mewarisi antara satu sama lain kerana berdasarkan syarat-syarat pewarisan, waris (al-warith) hendaklah masih hidup semasa kematian orang yang mewariskan (al-muwarrith). Oleh itu, harta pusaka si mati akan dibahagikan kepada waris-waris yang hidup tanpa mengambilkira bahagian ahli keluarga yang mati bersamanya.

BAGAIMANA MENGWARISKAN HARTA DI RANCANGAN FELDA?

 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-38 yang bersidang pada 21 Jun 1995 telah membincangkan Pewarisan Harta & Harta Sepencarian Yang Dilaksanakan Di Rancangan Felda. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Amalan yang dilaksanakan dirancangan Felda mengenai pewarisan harta yang berdasarkan Akta Tanah 1960 adalah tidak bertentangan kerana persetujuan meletakkan satu penama itu dibuat atas persepakatan semua pihak yang terlibat.Sekiranya tidak mendapat persetujuan waris-waris untuk melantik seseorang daripada mereka sebagai wakil maka
  1. Harta simati hendaklah dijual.
  2. Penjualan harta tersebut hendaklah diberi keutamaan kepada waris.
  3. Hasil dari penjualan harta tersebut hendaklah dibahagikan kepada waris mengikut faraid.
  4. Kalau harta simati tidak habis dibahagikan maka lebihan pembahagian itu hendaklah diserahkan kepada Baitulmal.
Bersetuju bahawa amalan yang dilaksanakan dirancangan Felda mengenai harta sepencarian tidak bertentangan dengan hukum syarak.

Friday, December 6, 2013

HIBAH TAKAFUL TERBAIK ELAK MASALAH AGIHAN HARTAPUSAKA







Sesiapa sahaja yang meninggaldunia dan terdiri daripada golongan berikut:
  1. ada berhutang
  2. harta sedikit – yang ada hanyalah rumah dan duit KWSP
  3. banyak harta
  4. masih ada ibu dan ayah – yang layak menerima bahagian pusaka
  5. punya lebih daripada seorang isteri
  6. anak-anak masih belum baligh
  7. semua anak-anak anda adalah perempuan
  8. dan lain-lain yang saya mungkin terlupa nak senaraikan
akan menghadapi masalah pengagihan harta pusakanya. Yang bermasalah sudah tentulah waris-warisnya yang tinggal. Bab duit ni, ramai akan mengaku waris yang sah, walaupun orang itu buat tak kisah tentang kita semasa kita masih bernyawa. Jika mereka waris yang sah, itu hak mereka dan tiada siapa yang boleh menghalang mereka mendapat bahagian yang telah ditetapkan oleh syarak.
 
Namun, kita boleh merancang untuk mengelak berlakunya kesulitan itu menggunakan instrumen hibah takaful. Untuk memudahkan anda memahami konsep ini, saya akan berikan senario untuk permasalahan yang berlaku (berdasarkan kisah benar) dan bagaimana hibah takaful boleh menyelesaikannya.